Sabtu 16 Mac 2013:Sk Danau Kota telah menganjurkan 3 program serentak.Bermula dengan program Pra Perkhemahan Tahun 3 yang diadakan di padang SKDK. Seramai 65 orang murid tahun 3 telah menyertai program ini.Pelbagai aktiviti diadakan seperti Orientaring yang dilaksanakan di Tasik Titiwangsa dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur
Disamping itu Program Bicara Akademik telah dijalankan di Dewan Sri Danau dimana ibu bapa murid tahun 5 hadir bagi berkongsi pandangan dan perancangan untuk murid tahun 5.Turut disampaikan ialah ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Ketua Sektor B&K Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Selain itu turut dijalankan Kem Bestari Solat Siri 1/2013 untuk murid tahun 4,5 dan 6.
0 comments:
Post a Comment