"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." .

Thursday, December 1, 2011

Visi dan Misi

Posted by admin On 11:15 AM No comments


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah
memperkembangan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu
untuk menjadikan insan
seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan 
Rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat negara.



VISI SEKOLAH
SKDK akan menjadi sebuah sekolah yang
terbilang dari segi akademik, sahsiah dan
Kokurikulum menjelang tahun 2015.


ETOS SEKOLAH
DINAMIK, KREATIF DAN CERIA

MISI SEKOLAH
Bertekad untuk menjadi pusat melahirkan
modal insan yang unggul
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
yang dapat menyumbang kepada
pembangunan bangsa dan negara Malaysia
yang maju menjelang tahun 2020.


PIAGAM PELANGGAN

v Memberi layanan yang saksama tanpa
            mengira agama, bangsa dan status social.
v Mewujudkan persaingan yang sihat kepada
guru-guru dan murid-murid supaya mereka
dapat memberikan komitmen demi
kemajuan  diri, sekolah dan negara.
v Memberi khidmat kaunseling, bimbingan
dan motivasi kepada murid untuk
meningkatkan konsep kendiri yang positif
dan membentuk pemikiran  yang rasional.
v Menentukan semua murid mendapat ilmu
pengetahuan dan kemahiran belajar yang
sama serta menjadikan kecemerlangan
sebagai produk pendidikan.
v Memberi peluang meningkatkan  keupayaan
diri dengan seluas mungkin kepada murid
melalui aktiviti-aktiviti sekolah, jabatan
pendidikan dan luar.
v Memberi  perkhidmatan yang adil kepada
semua guru, kakitangan sokongan,
murid-murid dan ibu bapa.

















0 comments:

Post a Comment

Pemberitahuan

Pekeliling

EDUWEBTV

Galeri SKDK

HAC 2012