"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." .

Friday, December 23, 2011

Sejarah

Posted by admin On 11:20 AM 1 comment


LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Danau Kota terletak di Jalan 2/23E, Taman Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur adalah merupakan sekolah harian biasa Gred A. Ia merupakan Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan mula dibina pada sekitar tahun 1996 dan siap  sepenuhnya pada  November 1998. Sesi sekolah yang pertamanya bermula pada awal tahun 1998. Sekolah ini mengandungi 3 buah blok yang menempatkan pejabat sekolah, kelas-kelas, bilik-bilik khas, bilik guru, tandas guru dan murid, bengkel, makmal, perpustakaan dan sebagainya.

Sekolah Kebangsaan Danau Kota telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Zulhasnan Bin Rafique (Ahli Parlimen Wangsa Maju ketika itu) yang  merupakan mantan Menteri Wilayah Persekutuan pada 21 Mei 2000 bersamaan 17 Safar 1421H.

Pada awal penubuhannya, jumlah guru adalah seramai lebih kurang 30 orang dan murid adalah seramai hampir 500 orang dan ditadbir oleh Encik Maideen selaku Guru Besar sekolah yang pertama. Sehingga kini seramai 3 orang Guru Besar telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Danau Kota iaitu Encik Maiddin B. Surateman (1998-2001), Puan Haramah Bt. Wahab (Jan-Dis 2001) dan Tuan Haji Mohd. Zulkapli Bin Haji Mohd. Zin PPN ( Jun 2002 – hingga kini).

            Sehingga 2012, Sekolah Kebangsaan Danau Kota telah mempunyai dua bangunan tambahan yang menempatkan Makmal Komputer serta Kelas Prasekolah. Manakala jumlah guru pula seramai 120 orang dan 15 orang kakitangan sokongan.

1 comments:

ada blog/fb utk sk danau kota ke? sebab blog ni dah lama tak update

Post a Comment

Pemberitahuan

Pekeliling

EDUWEBTV

Galeri SKDK

HAC 2012