"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." .

Sunday, February 27, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 13

Posted by admin On 7:40 PM No comments


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 13 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Februari 2011.Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Kepada Ybhg Datuk Hj Dr Mohd Shafei Abdullah,Setiausaha Politik YAB Menteri Kewangan Malaysia yang mewakili beliau.Mesyuarat berlangsung dengan lancar.Pemilihan Jawatankuasa bagi penggal 2011/2012 telah selamat disempurnakan dengan sebahagian besar AJK lalu telah dilantik semula.Terdapat perubahan tampuk kepimpinan dimana Encik Abdul Aziz B Shahrin dilantik semula selaku NYDP PIBG bagi sesi ini.Semoga semua AJK akan dapat memikul tanggungjawab dengan baik.Ybhg Datuk Dr Shafei juga bermurah hati untuk menyumbangkan RM5000 kepada Tabung PIBG.


"Muafakat Membawa Berkat"

0 comments:

Post a Comment

Pemberitahuan

Pekeliling

EDUWEBTV

Galeri SKDK

HAC 2012