Sekolah Kebangsaan Danau Kota telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang pada 11 Oktober 2010 yang diadakan di Pusat Komuniti Taman Ibukota. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj Mohd Shafei Abdullah,Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan. Majlis tersebut dihadiri oleh ibu bapa dan murid murid yang menerima anugerah cemerlang. Pelbagai persembahan yang melibatkan murid turut dipersembahkan kepada hadirin.
0 comments:
Post a Comment