-
PANORAMA SEKOLAH
Kelihatan murid sedang khusyuk mendengar amanat ketika perhimpunan pagi[...]
-
WARGA PENDIDIK SKDK
Barisan warga pendidik SKDK yang sentiasa bersedia membimbing anak bangsa ke arah kecemerlangan dan sentiasa berpegang kepada semangat bekerjasama,dinamik serta sedia berkorban[...]
-
HARAPAN BANGSA
Murid SKDK terdiri daripada berbilang bangsa serta berpegang kepada semangat 1 Malaysia.Harapan bangsa sentiasa menjadi tonggak serta mempunyai disiplin yang tinggi serta bersemangat mengejar kejayaan [...]
- #
#
Thursday, November 24, 2011
Kata Aluan Guru Besar
Kata
Alu-aluan Guru Sekolah Kebangsaa Danau Kota
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
Saya
ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Unit ICT Sekolah SK Danau kota atas
menghasilkan serta menerbitkan laman web sebagai satu wadah kebanggaan kita
semua. Menjadi visi dan misi SK Danau Kota untuk melahirkan generasi yang
CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG agar dapat mencapai wawasan 2020. Kita
seharusnya menyahut seruan kerajaan untuk mencapai apa jua kerjaya yang
dicita-cita serta diimpikan.
Sekolah
bukan sahaja sebuah institusi pendidikan yang berperanan melahirkan tenaga
mahir, cendiakiawan dan ilmuan cerdik pandai. Menjadi visi dan misi SK Danau
Kota sebagai sekolah yang cemerlang serta melahirkan rasa cinta murid-murid
terhadap sekolah dengan konsep “ Sekolahku Syurgaku “.
Kita
mengimpikan sebuah sekolah yang cemerlang dan bestari dari aspek guru,
murid-murid dan pengurusan. Namun, semua ini hanya akan terhasil dengan
komitmen , rantaian kerjasama erat dan kesefahaman yang jitu di kalangan
pentadbir, guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah.
Pelajar
amnya dan pendidik khususnya perlu berfikiran kritis, kreatif dan inovatif bagi
menjana minda generasi masa depan murid. Murid dapat menunjukkan kecemerlangan
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, berdisiplin, berhemah tinggi dan
proaktif kerana kecemerlangan adalah tunjang wawasan pendidikan Negara.
Kita
semua seharusnya bersama-sama mengembeleng tenaga untuk melahirkan para murid
yang berkualiti dan cemerlang dari segi sahsiah,akademik dan kokurikulum.
Sekian, terima kasih
( MOHD
ZULKAPLI BIN MOHD ZIN, PPN )
Guru Besar
SK Danau Kota.
Wednesday, November 16, 2011
Bengkel Mengoptimum Penggunaan Dan Penginterasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK Dalam P&P 2011
Bengkel ini telah dengan jayanya dilaksanakan pada 16 hb November 2011. Diadakan di bilik kuliah PKG Keramat jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Peserta terdiri daripada GPM, GPB dan GICT . Setiap PKG di Kuala Lumpur menghantar wakil seramai 6 orang guru yang berkenaan. Para penceramah terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNKL dan juga PKG. Dalam kusus tersebut sebanyak 4 Modul di perkenalkan. Antara objektif bengkel ini peserta dapat:
1. Mengenalpasti, menghayati dan melaksanakan peranan dan tanggungjwap mereka di sekolah dengan lebih efektif.
2. Meningkatkan kompetensi pengunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan TMK secara meluas dalam pendidikan di sekolah.
3. Meningkatkan penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan TMK di sekolah.
4. Merapatkan jurang digital dalam kalanganwarga sekolah.
5. Meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sitam pengurusan sumber pendidikan berasaskan TMK