"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." .

Thursday, November 24, 2011

Kata Aluan Guru Besar

Posted by admin On 11:34 AM No comments


Kata Alu-aluan Guru Sekolah Kebangsaa Danau Kota

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

            Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Unit ICT Sekolah SK Danau kota atas menghasilkan serta menerbitkan laman web sebagai satu wadah kebanggaan kita semua. Menjadi visi dan misi SK Danau Kota untuk melahirkan generasi yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG agar dapat mencapai wawasan 2020. Kita seharusnya menyahut seruan kerajaan untuk mencapai apa jua kerjaya yang dicita-cita serta diimpikan.

            Sekolah bukan sahaja sebuah institusi pendidikan yang berperanan melahirkan tenaga mahir, cendiakiawan dan ilmuan cerdik pandai. Menjadi visi dan misi SK Danau Kota sebagai sekolah yang cemerlang serta melahirkan rasa cinta murid-murid terhadap sekolah dengan konsep “ Sekolahku Syurgaku “.

            Kita mengimpikan sebuah sekolah yang cemerlang dan bestari dari aspek guru, murid-murid dan pengurusan. Namun, semua ini hanya akan terhasil dengan komitmen , rantaian kerjasama erat dan kesefahaman yang jitu di kalangan pentadbir, guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah.

            Pelajar amnya dan pendidik khususnya perlu berfikiran kritis, kreatif dan inovatif bagi menjana minda generasi masa depan murid. Murid dapat menunjukkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, berdisiplin, berhemah tinggi dan proaktif kerana kecemerlangan adalah tunjang wawasan pendidikan Negara.

            Kita semua seharusnya bersama-sama mengembeleng tenaga untuk melahirkan para murid yang berkualiti dan cemerlang dari segi sahsiah,akademik dan kokurikulum.


Sekian, terima kasih



( MOHD ZULKAPLI BIN MOHD ZIN, PPN )
Guru Besar
SK Danau Kota.

0 comments:

Post a Comment

Pemberitahuan

Pekeliling

EDUWEBTV

Galeri SKDK

HAC 2012